BANGKOK: Pengundian untuk memilih perdana menteri baharu Thailand sekali lagi ditangguhkan, sekali gus menjadikan kebuntuan politik di negara ini berlarutan hampir tiga bulan sejak pilihan raya umum berlangsung pada14 Mei lepas.
Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata undian yang dijadualkan pada Jumaat hanya boleh diadakan selepas Mahkamah Perlembagaan memutuskan rayuan oleh Parti Move Forward (MFP).
Awal hari ini, Mahkamah Perlembagaan Thailand berkata pihaknya memerlukan lebih banyak masa dan butiran untuk menyemak petisyen menentang keputusan Parlimen bulan lepas yang melarang pemimpin parti MFP Pita Limjaroenrat daripada memohon pencalonan semula sebagai perdana menteri.
"Kita perlu menunggu keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 16 Ogos sebelum memutuskan tarikh pengundian (PM) diteruskan," katanya.
Mahkamah menetapkan 16 Ogos sebagai tarikh baharu untuk mendengar rayuan yang difailkan oleh Ombudsman negara.
Selepas pilihan raya 14 Mei, MFP dan Pheu Thai yang membentuk gabungan bersama enam parti lain, secara kolektif memperoleh 312 kerusi daripada 500 kerusi Dewan Perwakilan.Gabungan itu memerlukan sokongan tambahan untuk mendapatkan 375 undi daripada 750 Ahli Parlimen dwidewan, termasuk 250 senator bagi membentuk kerajaan.
Pada 13 Julai lalu, Pita Limjaroenrat dari MPF gagal mendapatkan sokongan yang mencukupi untuk dipilih sebagai perdana menteri baharu.
Undian prosedur enam hari kemudiannya memutuskan bahawa beliau tidak boleh dicalonkan buat kali kedua, sekali gus menamatkan peluang Pita untuk menjadi perdana menteri.
Berikutan itu, Pheu Thai mengambil alih tanggungjawab untuk mengetuai gabungan itu.
Pada Rabu, Parti Pheu Thai, parti kedua terbesar di Dewan Rakyat, mengumumkan gabungan baharu dalam usaha membentuk kerajaan tanpa MFP yang mempunyai 151 kerusi.
Pheu Thai, yang memenangi 141 kerusi berkata parti itu akan mencalonkan usahawan hartanah Srettha Thavisin sebagai calon perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Wan Muhamad Noor Matha berkata undian yang dijadualkan pada Jumaat hanya boleh diadakan selepas Mahkamah Perlembagaan memutuskan rayuan oleh Parti Move Forward (MFP). - Gambar fail
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Politik Thailand terus buntu, pengundian lantik PM sekali lagi tertangguh
Pengundian untuk memilih perdana menteri baharu Thailand sekali lagi ditangguhkan.
Parlimen Thailand adakan undian untuk pilih perdana menteri baharu
Parlimen Thailand mengadakan sidang bersama pada Khamis untuk mengundi perdana menteri baharu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
PRU Thailand: Calon muda, cantik jadi 'giant killer' di Bangkok
CALON muda Parti Move Foward (MFP), Rukchanok Srinork muncul 'giant killer' di kawasan pilihan raya daerah Bang Bon di Bangkok.
PRU Thailand: Rakyat mula mengundi hari ini
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Thailand.
PRU Thailand: Calon parti Move Forward Pita Limjaroenrat mungkin hilang kelayakan bertanding
Perlembagaan negara melarang pemegang saham syarikat media bertanding dalam pilihan raya.
Rakyat Thailand pulang mengundi perlu ikut laluan sah
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sekiranya individu tertangkap mereka akan hilang hak untuk mengundi pada pilihan raya itu nanti.
PRU: Prachachat sasar menang bergaya di Selatan Thailand, terbuka tubuh kerajaan dengan Pheu Thai
Prachachat sasar menang bergaya di Selatan Thailand, terbuka untuk tubuh kerajaan dengan Pheu Thai
PRU Thailand: 2.15 juta daftar undi awal
Kira-kira 2.15 juta rakyat Thailand telah mendaftar untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum 14 Mei.
PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.
Pilihan raya umum Thailand dijangka pada 7 Mei 2023
Calon boleh mula berkempen mereka mulai 24 Sept iaitu 180 hari sebelum penggal kerajaan berakhir.